Privacy Policy

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah untuk mengawal proses data peribadi dalam transaksi komersial, supaya hak privasi pengguna dilindungi. Semua aktiviti-aktiviti pemasaran Central Minerals & Chemicals Sdn Bhd (CMC) adalah di bawah bidang kuasa Akta ini.

Pengumpulan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi bermaksud maklumat atau sebahagian daripada maklumat yang boleh mengenalpasti identiti anda. Ini merangkumi maklumat seperti nama, alamat, jantina, alamat emel dan nombor telefon anda. Kami akan mengumpul maklumat melalui saluran dan sumber, termasuklah ketika anda:

  • Membeli produk kami
  • Mengambil bahagian dalam kajian selidik pelanggan
  • Mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti promosi kami
  • Membuat komen atau pertanyaan dengan kami

Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan apa-apa maklumat peribadi anda kepada kami. CMC tidak akan mengumpul, mengguna atau mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda. Sekiranya maklumat peribadi diberikan, maka ia menandakan bahawa anda telah bersetuju dengan Polisi Privasi kami.

Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi yang kami kumpul dan perolehi akan digunakan untuk urusan perniagaan kami termasuk penyediaan produk dan penyelidikan.

Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami menghormati hak peribadi setiap individu seperti yang tertakluk dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga melainkan pendedahan tersebut:

  • Mematuhi apa-apa perintah penghakiman atau keperluan undang-undang
  • Atas arahan atau dibenarkan oleh anda

Mengesah, Mengemaskini, dan Kuasa untuk Meminda Maklumat Peribadi

Sekiranya anda ingin memohon untuk membuat pembetulan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan, anda boleh emel kepada info@cmcsb.com.my .

Akses kepda Maklumat Peribadi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, anda boleh membuat permintaan secara bertulis kepada:

Central Minerals & Chemicals Sdn Bhd

A-05-06, Empire Office,
Empire Subang, Jalan SS16/1, SS16, 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
No Telefon : 03-5022 2213
Faks : 03-5022 2303

*Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Buy now